Webinar Nadi X Kesedaran Safe & Shield – Add To Cart Atau Add To Trap? Jaga Duit Anda!

10 Mei 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 09 Mei 2026, telah berlangsung Webinar Nadi X Kesedaran Safe & Shield – Add To Cart Atau Add To Trap? Program ini telah berlangsung secara atas talian pada jam 3:00 petang sehingga 4:00 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Seminar ini disampaikan oleh Prof. Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib dari Universiti Utara Malaysia (Pusat Pengajian Teknologi).

Tujuan webinar ‘Add To Cart Atau Add To Trap? Jaga Duit Anda!’ ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tantang ancaman penipuan pembelian atas talian. Dalam era digital yang semakin berkembang, pembelian secara atas talian menjadi salah satu cabaran utama yang boleh memberi kesan buruk kepada penggemar pembeli secara atas talian. Penceramah memberikan langkah pencegahan supaya tidak mudah tertipu dengan pembelian atas talian serta langkah-alngkah apa yang perlu dibuat jika anda tertipu.

Webinar ini banyak memberi maklumat tentang keselamatan dan motivasi kepada pelajar. Semoga webinar ini memberi manfaat kepada pelajar untuk berhati-hati dalam penggunaan internet supaya tidak menjadi mangsa buli siber.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali