Webinar Nadi X Wellbeing : Hidup Aktif, Jiwa Positif – Mengatasi Obesiti Dengan Konsisten

10 Jun 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Jun 2026 , telah berlangsung Webinar Nadi X Wellbeing – Hidup Aktif ,Jiwa Positif -Mengatasi Obesiti Secara Konsisten atas talian. Webinar ini berlangsung selama 1 jam bermula pada jam 10:30 pagi sehingga 11:30 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau.

Webinar Hidup Aktif, Jiwa Positif: Mengatasi Obesiti Dengan Konsisten telah memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat secara berterusan dalam usaha mengawal dan mengurangkan masalah obesiti. Melalui perkongsian yang disampaikan oleh seorang fisioterapis, peserta didedahkan kepada cabaran yang sering dihadapi oleh individu obesiti termasuk kesukaran mengekalkan motivasi, kekangan masa serta fasa plateau yang menyebabkan berat badan sukar turun walaupun telah mengamalkan diet dan senaman. Webinar ini menekankan bahawa kejayaan menurunkan berat badan memerlukan komitmen yang tinggi serta perubahan gaya hidup yang konsisten dalam jangka masa panjang.

Dengan adanya webinar atau program seperti ini, ianya dapat mempromosikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kepada komuniti setempat dengan lebih kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali