WEBINAR NADI X CYBERSECURITY – CARA MENJAGA KESELAMATAN CCTV DAN WIFI RUMAH DARI DIGODAM
9 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 09 April 2026, NADI Kampung Surau telah berjaya menguruskan dan menjalankan program Webinar NADI X Cyberecurity 2026. Webinar ini dijalankan secara atas talian dan bertempat di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau, berlangsung selama 1 jam 30 minti, bermula pada 3.00 petang hingga 4.00 petang.
Webinar disampaikan oleh Encik Izzat Hamizan. Webinar permulaan ini biasanya bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan keselamatan cctv dan wifi rumah dari digodam. Penceramah memberi penerangan kepada peserta cara untuk menjaga keselamatan cctv dan wifi rumah dari digodam . Selain itu, peserta juga diberi tutorial bagaimana untuk mengenalpasti jika cctv dan wifi rumah digodam. Menggalakkan penyertaan generasi muda dalam membangunkan ekosistem keselamatan siber negara.
Webinar ini dilihat mampu untuk memberi pendedahan awal kepada kemahiran yang mempunyai permintaan tinggi. Meningkatkan literasi digital dan kompetensi keselamatan siber. Mendapat ilmu terus daripada pakar industri sebenar. Selain itu, menggalakkan minat dan penyertaan dalam program lanjutan. Dengan adanya Webinar seperti ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada para peserta sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: