Nadi Mahir Foto Minggu Keempat– Pengenalan

7 Ogos 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 6 OGOS 2026, telah berlangsung Kelas MAHIR FOTO secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada jam 3:00 petang sehingga 4:30 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.

Program Kursus NADI Mahir Foto minggu keempat telah disampaikan oleh Puan Azfarina Sulaiman dengan memberi fokus kepada pengenalan dan penggunaan lensa dalam fotografi. Peserta diperkenalkan kepada fungsi lensa dalam mengumpul cahaya, memfokuskan imej serta menghasilkan gambar yang jelas dan berkualiti. Pembelajaran turut merangkumi sudut pandangan, panjang fokus serta pelbagai jenis lensa seperti normal, zoom, telefoto, sudut lebar, prime dan makro. Peserta juga didedahkan kepada perbezaan hasil gambar berdasarkan penggunaan panjang fokus yang berbeza. Secara keseluruhannya, kursus ini membantu peserta memahami pemilihan lensa yang sesuai mengikut subjek, situasi dan keperluan fotografi bagi menghasilkan rakaman yang lebih menarik, kreatif serta berkualiti.

Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali