Kelas Nadi Mahir Jahit (Minggu 17) Jahit Kebaya

7 Mei 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 06 Mei 2026, telah berlangsung Kelas Mahir Jahit secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada jam 3:00 petang sehingga 4:30 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.

Kursus Mahir Jahit pada minggu ini adalah menjahit kebaya. Dalam kelas tersebut, tenaga pengajar menerangkan teknik menjahit kebaya dengan menggunakan fabrik yang telah digunting pada minggu ke-16. Selain itu, tenaga pengajar turut memberi tunjuk ajar bagaimana untuk membuat teknik jahitan zip kebaya kemas dan selesa apabila dipakai.

Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali