Kempen Internet Selamat (Fikir Dulu Sebelum Post: Etika Digital 101)

6 September 2026 | Aktiviti Terkini

Webinar Siri 19 Kempen Internet Selamat bertajuk "Fikir Dulu Sebelum Post: Etika Digital 101" telah diadakan pada 5 September 2026, bermula jam 3.00 petang hingga 4.00 petang secara dalam talian. Program ini disampaikan oleh Prof. Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dan terbuka kepada kanak-kanak serta golongan dewasa. Webinar ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan mengamalkan etika dan tanggungjawab ketika menggunakan internet serta media sosial.

Webinar ini memberi penekanan terhadap kepentingan berfikir sebelum berkongsi sebarang maklumat, gambar atau pandangan di platform digital. Antara aspek yang diketengahkan termasuklah menjaga adab komunikasi, menghormati privasi individu, mengelakkan penyebaran berita palsu serta memahami kesan jejak digital terhadap reputasi diri dan orang lain. Selain itu, kepentingan menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi, mengelakkan buli siber dan menggunakan media sosial secara berhemah turut menjadi fokus dalam membentuk pengguna internet yang lebih bertanggungjawab.

Melalui penganjuran webinar ini, peserta diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai amalan etika digital dalam kehidupan seharian. Program ini juga dapat membantu membentuk masyarakat yang lebih bijak dalam menilai kandungan dalam talian, menghormati hak pengguna lain serta mengamalkan komunikasi digital yang positif. Inisiatif ini sekali gus memperkukuh peranan NADI sebagai pusat penyebaran ilmu dan kesedaran keselamatan internet dalam usaha mewujudkan komuniti digital yang selamat, beretika dan bertanggungjawab.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali