Short Learning Series Nadi Mahir Masak (Ragout Ayam)

6 Jun 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 05 Jun 2026, telah berlangsung Siri Pembelajaran Ringkas Mahir Masak secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam 30 minit, bermula pada jam 10:00 pagi sehingga 11:30 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.

Siri ini adalah pembelajaran secara ringkas oleh chef jemputan Cikgu Ros yang menyediakan resipi istimewa yang berasal dari Holland iaitu ragout ayam yang menjadi isi inti kepada risoles iaitu sejenis snek pastri yang dibuat daripada kulit nipis seperti lempeng (crepe), diisi dengan inti, kemudian digulung, disalut dengan serbuk roti dan digoreng sehingga rangup . Dalam kelas ini, peserta diberi penerangan bagaimana cara membuat ragout ayam dan cara memasak risoles yang sempurna untuk hidangan sarapan pagi atau minum petang.

Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali