Webinar Nadi E Sukan – Laluan Kerjaya Dalam Industri E Sukan
6 Jun 2026 | Aktiviti TerkiniPada 5 Jun 2025, NADI Kampung Surau telah berjaya menguruskan dan menjalankan program Webinar NADI E Sukan :- Laluan Kerjaya dalam Industri E Sukan. Webinar ini dijalankan secara atas talian dan bertempat di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau, berlangsung selama 15 minit, bermula pada 2.00 petang hingga 2.15petang.
Webinar permulaan ini biasanya bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan meningkatkan kesedaran tentang industri E Sukan di kalangan gamer. Webinar ini memberi penekanan kerjaya yang boleh diceburi dalam industri E Sport seperti Content Creator , Pengulas , wartawan , pengurus acara dan lain lain yang berkaitan . Webinar ini menggalakkan penyertaan generasi muda dalam membangunkan ekosistem keselamatan siber negara. E-sukan bukan sekadar hobi, tetapi satu industri yang menawarkan pelbagai peluang kerjaya. Tidak semestinya menjadi pemain profesional untuk berjaya dalam e-sukan. Yang penting ialah minat, disiplin dan kesediaan untuk terus belajar.
Webinar ini dilihat mampu untuk memberi pendedahan awal kepada kemahiran yang mempunyai permintaan tinggi. Meningkatkan literasi digital dan mengembangkan hobi menjadi pendapatan. Selain itu, menggalakkan minat dan penyertaan dalam program lanjutan. Dengan adanya Webinar seperti ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada para peserta sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: