Kelas Short Learning Series Nadi Mahir Foto (Kamera Jadi Duit : Tiktok Affiliatte Edition)
5 Jun 2026 | Aktiviti TerkiniPada 4 Jun 2026, telah berlangsung Kelas MAHIR FOTO secara atas talian bersama Miss Pena. Kelas ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada jam 10:00 pagi sehingga 11:30 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.
Short Learning Series (SLS) Mahir Foto kali ini adalah berkaitan bagaimana menjana pendapatan menerusi penggunaan kamera telefon dan aplikasi tik tok . Peserta diberi pendedahan cara-cara untuk menggunakan atau mengaplikasikan strategi pemasaran tiktok shop yang betul , mencipta content creatif disamping mengetahui taktik mudah dalam menjual barangan tanpa perlu menyimpan stok dan tidak perlukan modal yang besar,. Dalam kelas tersebut, tenaga pengajar menerangkan tentang teknik Affiliate iaitu sebuah kaedah pemasaran berasaskan prestasi di mana peserta sebagai ejen memperoleh komisen apabila berjaya mempromosikan dan menjual produk atau perkhidmatan orang lain. Selain itu, peserta diberi pendedahan tentang beg kuning dan cara menjadikan content tiktok promosi yang menarik .
Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: