Webinar Nadi E Sukan – Budaya Pasukan Yang Positif

31 Ogos 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 30 Ogos 2026, NADI Kampung Surau telah berjaya menguruskan dan menjalankan program Webinar NADI E Sukan : Pengurusan Emosi Semasa Pertandingan E-Sukan. Webinar ini dijalankan secara atas talian dan bertempat di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau, berlangsung selama 17 minit, bermula pada 10.00 pagi hingga 10.17 pagi.

Webinar “Budaya Pasukan yang Positif” memberikan pemahaman tentang maksud dan kepentingan budaya pasukan dalam sesebuah organisasi atau kumpulan. Budaya pasukan yang positif dapat mewujudkan suasana kerja yang harmoni, meningkatkan kerjasama, komunikasi serta semangat antara ahli pasukan. Webinar ini turut menerangkan ciri-ciri budaya positif dan membuat perbandingan antara budaya pasukan yang positif dengan budaya negatif. Selain itu, peserta didedahkan kepada beberapa cara untuk membina dan mengekalkan budaya pasukan yang baik. Kesimpulannya, pembentukan budaya positif bukan hanya tanggungjawab ketua, sebaliknya bermula daripada sikap, tindakan, disiplin dan komitmen setiap pemain dalam pasukan untuk mencapai matlamat bersama dengan lebih berkesan.

Webinar ini dilihat mampu untuk memberi pendedahan awal kepada kemahiran yang mempunyai permintaan tinggi. Meningkatkan literasi digital dan mengembangkan hobi menjadi pendapatan. Selain itu, menggalakkan minat dan penyertaan dalam program lanjutan. Dengan adanya Webinar seperti ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada para peserta sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali