Kelas Nadi Mahir Masak Minggu 16 (Makanan Barat - Bahagian 1)
29 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 28 April 2026, telah berlangsung Kelas NADI MAHIR MASAK secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 2 jam, bermula pada jam 9:30 pagi sehingga 11:00 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.
Kursus NADI MAHIR MASAK pada minggu ini adalah pembuatan makanan barat. Tenaga pengajar mahir memberi penerangan mengenai teknik perapan makanan barat dan penyediaan sos. Seterusnya, tenaga pengajar turut memberi penerangan topik minggu seterusnya kepada peserta iaitu praktikal masakan makanan barat di NADI.
Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: