Kelas Mahir Pertanian Pintar (Pengenalan & Pemasangan Menara Hidroponik Vertikal)

27 Ogos 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Ogos 2026, telah berlangsung Kelas NADI Mahir Pertanian Pintar secara atas talian di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program pembelajaran sepanjang hayat ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai kaedah pertanian pintar melalui penggunaan sistem Menara Hidroponik Vertikal yang sesuai digunakan dalam ruang yang terhad.

Kursus NADI Mahir Pertanian Pintar pada minggu ini memberi fokus kepada Pengenalan & Pemasangan Menara Hidroponik Vertikal. Peserta diperkenalkan kepada konsep pertanian vertikal yang membolehkan tanaman ditanam secara bertingkat bagi memaksimumkan penggunaan ruang. Sistem ini menggunakan konsep aliran graviti dan titisan, di mana air dipam dari tangki ke bahagian atas menara sebelum mengalir melalui akar tanaman dan dikitar semula ke dalam tangki.

Selain itu, peserta turut didedahkan kepada komponen utama sistem seperti tangki dan pam air, modul tanaman, net pot serta sistem pencahayaan LED. Modul turut menerangkan langkah pemasangan menara bermula daripada penyediaan tangki dan pam, pembinaan badan menara, pemasangan sistem agihan air sehingga pemasangan lampu dan sambungan kuasa.Peserta juga mempelajari aspek pengurusan tanaman termasuk penggunaan media tanaman, penyemaian, campuran nutrisi serta pemantauan air dan bacaan EC bagi memastikan kepekatan baja sesuai dengan keperluan tanaman.

Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain sebagai pusat pembelajaran. Program ini juga dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran komuniti dalam bidang pertanian pintar serta membuka peluang kepada peserta untuk mengaplikasikan teknologi pertanian moden bagi meningkatkan produktiviti dan menjana pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali