WEBINAR NADI E SUKAN – Matlamat Dalam E Sukan
27 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 26 Julai 2026, NADI Kampung Surau telah berjaya menguruskan dan menjalankan program Webinar NADI E Sukan :- Matlamat Dalam E-Sukan. Webinar ini dijalankan secara atas talian dan bertempat di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau, berlangsung selama 15 minit, bermula pada 3.00 petang hingga 2petang.
Webinar "NADI Esport: Matlamat Dalam E-sukan" memberi pendedahan mengenai hala tuju dan kepentingan menetapkan matlamat yang jelas dalam bidang e-sukan. Peserta didedahkan kepada peluang kerjaya, pembangunan kemahiran serta disiplin yang diperlukan untuk berjaya sebagai pemain kompetitif atau penggiat industri e-sukan. Selain meningkatkan kemahiran permainan, peserta digalakkan mengamalkan pengurusan masa, semangat kesukanan, komunikasi berkesan dan kerja berpasukan. Webinar ini turut menekankan kepentingan menjaga kesihatan fizikal dan mental, mengimbangi aktiviti harian serta menggunakan teknologi secara bertanggungjawab. Secara keseluruhannya, e-sukan berpotensi menjadi platform membina bakat, kerjaya dan sahsiah diri secara positif.
Webinar ini dilihat mampu untuk memberi pendedahan awal kepada kemahiran yang mempunyai permintaan tinggi. Meningkatkan literasi digital dan mengembangkan hobi menjadi pendapatan. Selain itu, menggalakkan minat dan penyertaan dalam program lanjutan. Dengan adanya Webinar seperti ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada para peserta sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: