Nadi Kidventure – Webinar Pemasaran 2
24 Ogos 2026 | Aktiviti TerkiniPada 23 Ogos 2026, telah berlangsung Program NADI Kidventure secara atas talian di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas pemasaran serta kaedah memperkenalkan produk dan perkhidmatan kepada pelanggan dengan cara yang mudah, kreatif dan menarik.
Program NADI Kidventure pada minggu ini adalah “Webinar Pemasaran 2”. Dalam kelas tersebut, tenaga pengajar menerangkan mengenai kepentingan pemasaran dalam sesebuah perniagaan serta cara mengenal pasti pelanggan sasaran. Peserta turut diberi penerangan mengenai kaedah mempromosikan produk melalui poster, gambar, media sosial dan platform digital bagi menarik perhatian bakal pelanggan.Selain itu, tenaga pengajar menerangkan mengenai kepentingan menghasilkan bahan promosi yang mempunyai maklumat jelas seperti nama produk, harga dan kelebihan produk. Peserta juga didedahkan kepada penggunaan ayat promosi yang ringkas dan menarik serta kepentingan kreativiti dalam membantu sesuatu produk lebih mudah dikenali oleh pelanggan.
Dengan adanya program pembelajaran usahawan ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran. Program ini juga dapat memberikan pendedahan awal mengenai bidang keusahawanan kepada kanak-kanak serta membantu membentuk kreativiti, keyakinan dan kemahiran mereka dalam mempromosikan sesuatu produk atau perkhidmatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: