Nadi Kidventure – Webinar Operasi Perniagaan

3 Ogos 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Ogos 2026, telah berlangsung Program NADI Kidventure secara atas talian di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini merupakan salah satu aktiviti pembelajaran yang memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai asas keusahawanan dan pengurusan sesebuah perniagaan.

Program NADI Kidventure pada minggu ini adalah “Webinar Operasi Perniagaan”. Dalam kelas tersebut, tenaga pengajar menerangkan kepada peserta mengenai asas operasi sesebuah perniagaan termasuk proses menyediakan produk atau perkhidmatan, pengurusan stok dan bahan, pembungkusan serta cara memastikan urusan perniagaan berjalan dengan teratur. Peserta turut diberi penerangan mengenai kepentingan pembahagian tugas dan tanggungjawab dalam menguruskan sesuatu perniagaan.Selain itu, tenaga pengajar turut menerangkan mengenai kepentingan memberikan layanan yang baik kepada pelanggan, menjaga kualiti produk dan mengurus masa dengan berkesan. Melalui penerangan dan contoh yang diberikan, peserta dapat memahami bahawa operasi perniagaan yang sistematik merupakan antara aspek penting bagi memastikan sesebuah perniagaan dapat berjalan dengan lancar.

Dengan adanya program pembelajaran usahawan ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran. Program ini juga dapat memberikan pendedahan awal mengenai bidang keusahawanan kepada kanak-kanak serta membantu membentuk kemahiran, kreativiti dan minat mereka terhadap dunia perniagaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali