Nadi Kidventure – Webinar Pemasaran 1
19 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 18 April 2026, telah berlangsung Program NADI Kidventure secara atas talian. Program ini berlangsung selama 1 jam 30 minit bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga 11:30 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau.
Program NADI Kidventure pada minggu ini adalah “Webinar Pemasaran 1”. Dalam kelas tersebut, tenaga pengajar menerangkan mengenai apa itu pemasaran dalam perniagaan. Selain itu, peserta turut diberi penerangan mengenai Business Model Canvas iaitu siapa yang bantu kita dalam bisnes, apa aktiviti utama bisnes kita, apa kita perlukan untuk buat bisnes kita, apa masalah kita nak selesaikan, apa yang buat idea kita berguna kepada orang lain, dan sebagainya. Seterusnya, cikgu menerangkan kepentingan pemasaran dalam perniagaan agar kita tahu siapa pelangga kita, kita tahu apa yang mereka perlukan dan kita tak buat produk secara sembarangan. Akhir sekali, Puan Zafirah Amalina Zainol Anuar menerangkan apa jadi kalau tiada marketing seperti produk tak laku iaitu salah sasaran pelanggan, harga tak sesuai dan jual di tempat yang salah.
Dengan adanya program pembelajaran usahawan ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: