Webinar Nadi X Cybersecurity – Bagaimana Hak Bantuan Anda Boleh Dicuri

12 Jun 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Jun 2026, NADI Kampung Surau telah berjaya menguruskan dan menjalankan program Webinar NADI X Cyberecurity 2026. Webinar ini dijalankan secara atas talian dan bertempat di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau, berlangsung selama 1 jam 30 minit, bermula pada 3.00 petang hingga 4.30 petang.
Webinar “Bagaimana Hak Bantuan Anda Boleh Dicuri” memberi kesedaran kepada masyarakat tentang risiko kehilangan hak bantuan kerajaan akibat penipuan dan penyalahgunaan maklumat peribadi. Peserta didedahkan kepada taktik scammer yang menggunakan pautan palsu, panggilan telefon dan media sosial untuk mendapatkan maklumat seperti nombor kad pengenalan, akaun bank dan kod TAC.

Bagi melindungi hak bantuan yang diterima, orang ramai disarankan menggunakan portal rasmi kerajaan, tidak berkongsi maklumat peribadi dengan pihak tidak dikenali, serta sentiasa berwaspada terhadap sebarang mesej atau tawaran yang mencurigakan.

Webinar ini dilihat mampu untuk memberi pendedahan awal kepada kemahiran yang mempunyai permintaan tinggi. Meningkatkan literasi digital dan kompetensi keselamatan siber. Mendapat ilmu terus daripada pakar industri sebenar. Selain itu, menggalakkan minat dan penyertaan dalam program lanjutan. Dengan adanya Webinar seperti ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada para peserta sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali