Webinar E- Sukan – Tekanan Jangka Panjang & Cara Kekal Konsisten
11 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniPada 10 Mei 2026, telah berlangsung webinar E-sukan secara atas talian di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Webinar ini berlangsung selama 1 jam, bermula 10:00 pagi hingga 11:00 pagi.
Tujuan webinar dijalankan adalah untuk memberi maklumat dan pengetahuan kepada para peserta berkenaan “Tekanan Jangka Panjang dan Cara Kekal Konsisten dalam pasukan. Dengan adanya webinar E-Sukan ini, peminat atau pemain permainan E-sukan dapat menambah pengetahuan berkenaan cara untuk menghadapi tekanan jangka panjang dalam permainan E-sukan ketika perlawanan serta cara untuk kekal konsistent dalam sesebuah pasukan.
Dengan adanya program atau aktiviti seperti ini ianya dapat mengelakkan seseorang itu daripada terjebak dengan gejala sosial yang negatif. Selain itu, dapat membuka peluang dan bidang kerjaya yang baru. Webinar ini juga diharap dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: