WEBINAR NADI X KESEDARAN SAFE & SHIELD : KEMPEN INTERNET SELAMAT – ROMPAKAN ALAM SIBER ( TAC, PANGGILAN TELEFON & SMS)
30 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 29 May 2025, telah berlangsung Webinar Nadi X Kesedaran Safe & Shield – Kempen Internet Selamat – Rompakan Alam Siber ( Tac, Panggilan Telefon & Sms) secara atas talian. Webinar ini berlangsung pada jam 3:00 petang sehingga 4:30 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Peserta yang terlibat ialah dari pelajar sekolah dan orang dewasa. Webinar ini disampaikan oleh Prof. Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib dari Universiti Utara Malaysia (Pusat Pengajian Teknologi).
Webinar ‘Rompakan Alam Siber ( Tac, Panggilan Telefon & Sms) ini adalah untuk memberi penerangan mengenai apa yang dimaksudkan dengan rompakan alam siber. Prof. Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib memberi penerangan mengenai risiko dan ancaman digital seperti pencuri meminta nombor Tac, membuat panggilan dan memberi sms. Selain itu, diterangkan bagaimana cara kita dapat melindungi diri. Akhir sekali, Prof. Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib menerangkan mengenai hak privasi pengguna, cara memanfaatkan hak privasi dan undang-undang privasi.
Webinar ini banyak memberi maklumat tentang keselamatan dan motivasi kepada pelajar. Semoga webinar ini memberi manfaat kepada pelajar dan orang dewasa untuk berhati-hati.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: