KELAS MAHIR BAIKI GAJET - KELAS CARA MENUKAR LCD TELEFON PINTAR
28 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 27 May 2025, telah berlangsung Kelas NADI Mahir Baiki Gajet - Kelas Cara Menukar Lcd Telefon Pintar Viral secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada jam 10:00 pagi sehingga 11:30 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau.
Kelas NADI Mahir Baiki Gajet pada minggu ini adalah secara terbuka untuk semua tanpa had umur. Dalam kelas ini peserta akan mempelajari teknik menukar skrin yang mudah, cepat dan bajet rendah. Mengenalpasti kerosakan sehingga proses pemasangan skrin yang betul dan selamat.
Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: