KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS) @ SEKOLAH KEBANGSAAN ORAN, KANGAR
27 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 26 May 2025, telah berlangsung Kempen Internet Selamat (KIS) di Sekolah Kebangsaan Oran, Kangar. Program ini berlangsung di Dewan Terbuka dan Makmal Sekolah Kebangsaan Oran. Program bermula pada jam 08:00 pagi sehingga 1:00 petang. Program ini bertujuan adalah untuk memberi pendedahan tentang Kempen Internet Selamat (KIS) kepada pelajar sekolah.
Taklimat Kempen Internet Selamat (KIS) ini disampaikan oleh pegawai dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Perlis. Inisiatif KIS merupakan antara kaedah mendidik pelajar mengenai etika dan tanggungjawab dalam talian. Cakna media sosial dalam kalangan pelajar merupakan satu aspek penting dalam pemerkasaan literasi digital. Namun pada masa sama, pengalaman penggunaan Internet dalam kalangan pelajar haruslah di bawah pengawasan sewajarnya dan semua pihak memainkan peranan penting bagi memastikan penggunaan yang selamat, positif serta bertanggungjawab.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan NADI dengan pelajar sekolah, dapat memperkenalkan NADI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan pelajar mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan. Selain itu, program ini juga di harap dapat membina hubungan baik diantara pihak pengurusan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dengan pihak sekolah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: