WEBINAR BERKALA - KELAS BAHASA MELAYU

25 Mei 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 24 May 2025, NADI Kg Surau telah berjaya menguruskan dan menjalankan Kelas Bahasa Melayu secara atas talian. Kelas ini dikhususkan bagi pelajar tingkatan 4 dan 5 sahaja. Kelas bermula jam 2:00 petang hingga 4:00 petang.

Program Khas – Webinar Berkala : Kelas Bahasa Melayu pada minggu ini, pelajar mempelajari cara menjawab soalan bahagian A, B dan C. Guru juga menekan topik tatabahasa dan mengajar cara penggunaan bahasa yang betul untuk membina ayat. Akhir sekali cikgu mengajar cara untuk menjawab soalan nombor 7 dan 8. Pelajar diberi keterangan melalui modul yang merangkumi bahan pengajaran, rujukan video, penilaian dan maklum balas bagi memastikan pembelajaran yang berterusan.

Program DiLea membantu pelajar untuk membina asas yang kukuh untuk masa depan dan menjadikan NADI sebagai platform utama penyaluran manfaat untuk menyokong literasi digital dalam pendidikan di Malaysia. Selain itu, program seperti ini dapat mempromosikan lagi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kepada komuniti berkenaan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh NADI.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali