WEBINAR NADI NURTURE EKELAS USAHAWAN - MODUL 4: MENGURUS DAN MENGUKUR KEBERKESANAN PEMASARAN DIGITAL

3 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Julai 2025, telah berlangsung Webinar NADI Nurture eKelas Usahawan - Modul 4 : Mengurus dan Mengukur Keberkesanan Pemasaran Digital di NADI secara atas talian. Webinar ini berlangsung pada jam 02:00 petang sehingga 03:00 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Webinar ini anjuran Maxis eKelas.

Tujuan Webinar Pemasaran Digital eKelas Usahawan di NADI secara atas talian dijalankan adalah untuk menerangkan kepada usahawan bagi mengukuhkan Strategi Pemasaran. Webinar modul 4 : Mengurus dan Mengukur Keberkesanan Pemasaran Digital, Modul ini memberi tumpuan kepada cara mengurus kempen pemasaran digital secara teratur serta menilai keberkesanannya menggunakan data dan analitik. Ia amat penting bagi usahawan yang ingin mengetahui sama ada strategi pemasaran mereka benar-benar memberi hasil. Usahawan mempelajari Pengenalan kepada Pengurusan Pemasaran Digital seperti Apa maksud "pengurusan kempen”, Penjadualan dan konsistensi dalam siaran media sosial. Platform Analitik Pemasaran seperti TikTok Business Center, Meta Business Suite (Facebook & Instagram Insights). Selain itu, Indikator Kejayaan Kempen, Cara Menyusun Laporan Keberkesanan dan Tindakan Selepas Kempen.

Selain itu, webinar untuk usahawan ini di harap dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali