KELAS MAHIR FOTO (MINGGU 1)
26 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 25 Julai 2025, telah berlangsung Kelas NADI Mahir Foto secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada jam 9:30 pagi sehingga 11:00 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.
Kursus NADI Mahir Foto pada minggu ini adalah minggu yang pertama. Guru mahir memperkenalkan dan menerangkan cara penggunaan Mahir Training System (MTS) kepada peserta, menerangkan peralatan-peralatan yang akan digunakan dan menerangkan tajuk-tajuk yang akan belajar. Program ini dapat mempelajari teknik asas dan fungsi mengambil gambar dengan betul.
Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: