KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS) - AWASI PERANGKAP BERITA PALSU

20 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Julai 2025, telah berlangsung Webinar Nadi X Kesedaran Kempen Internet Selamat (KIS) - Awasi Perangkap Berita Palsu secara atas talian. Webinar ini berlangsung pada jam 3:00 petang sehingga 4:00 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Peserta yang terlibat ialah dari pelajar sekolah dan orang dewasa. Webinar ini disampaikan oleh Prof. Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib dari Universiti Utara Malaysia (Pusat Pengajian Teknologi).

Objektif Webinar Awasi Perangkap Berita Palsu ini adalah untuk memberi pendedahan kepadamasyarakat mengenai ancaman dan kesan negatif penyebaran berita palsu. Meningkatkan kesedaran dan literasi media dalam kalangan peserta agar lebih bijak menilai kesahihan maklumat. Membimbing peserta mengenai kaedah mengenal pasti sumber berita yang sahih dan langkah mengelakkan penyebaran maklumat palsu. Menggalakkan penggunaan platform digital secara bertanggungjawab dan beretika.Menyokong usaha kerajaan serta pihak berkuasa dalam membendung penularan berita tidak benar demi kesejahteraan masyarakat. Selain itu, kelas ini turut menyediakan sijil penyertaan, sekaligus menjadi nilai tambah kepada pelajar dan peserta dewasa yang ingin meningkatkan tahap literasi digital.

Webinar ini banyak memberi maklumat tentang keselamatan dan motivasi kepada pelajar. Semoga webinar ini memberi manfaat kepada pelajar dan orang dewasa untuk berhati-hati.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali