PERTANDINGAN PENCARIAN COOKING STAR PERLIS, KEDAH DAN PULAU PINANG (ZON UTARA)

17 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Julai 2025, telah berlangsung Pertandingan Pencarian Cooking Star Perlis, Kedah dan Pulau Pinang (Zon Utara) secara atas talian. Pertandingan ini berlangsung selama 2 jam, bermula pada jam 2:30 petang sehingga 4:30 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Pertandingan ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.

Pertandingan pencarian cooking star ini diadakan mencungkil dan mengasah bakat dalam kalangan peserta dari negeri-negeri Zon Utara, Meningkatkan tahap kreativiti, inovasi, dan profesionalisme dalam penyediaan hidangan tempatan serta moden, Menggalakkan budaya persaingan sihat dan Melahirkan individu berpotensi sebagai chef atau usahawan yang mampu bersaing di peringkat nasional dan antarabangsa.

Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali