TAKLIMAT PERTANDINGAN PENCARIAN COOKING STAR PERLIS, KEDAH DAN PULAU PINANG (ZON UTARA)
8 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 7 Julai 2025, telah berlangsung Taklimat Pertandingan Pencarian Cooking Star Perlis, Kedah dan Pulau Pinang (Zon Utara) secara atas talian. Taklimat ini berlangsung selama 1 jam, bermula pada jam 9:30 pagi sehingga 10:30 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.
Taklimat ini menjelaskan syarat penyertaan, format pertandingan, tema masakan, kriteria penjurian dan hadiah menarik yang ditawarkan. Pertandingan masakan ini secara atas talian di NADI seluruh Malaysia.
Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: