KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS) – NAK SELAMAT SELALU, MEDIA SOSIAL STOP DULU!

14 September 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 13 September 2025, NADI Kampung Surau telah berjaya menguruskan dan menjalankan program Kempen Internet Selamat (KIS) – Nak Selamat Selalu, Media Sosial Stop Dulu!. Webinar ini dijalankan secara atas talian dan bertempat di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Webinar ini berlangsung selama 1 jam, bermula pada 3.00 petang hingga 4.00 petang.

Webinar disampaikan oleh Prof. TS. DR. Ariffin Abdul Mutalib – Profesor Universiti Utara Malaysia. Tujuan penganjuran Webinar Kempen Internet Selamat – Nak Selamat Selalu, Media Sosial Stop Dulu! adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya dan kesan buli siber terhadap mangsa, keluarga serta komuniti. Menggalakkan pengguna mengamalkan etika digital serta penggunaan media sosial yang lebih sihat dan berhemah. Menjelaskan kesan buruk ketagihan media sosial terhadap kesihatan mental, emosi dan produktiviti. Selain itu, membimbing peserta dengan strategi praktikal untuk mengurus masa di media sosial secara seimbang. Kebaikan webinar ini ialah peserta memahami bahaya perkongsian maklumat peribadi secara berlebihan di media sosial. Mengetahui cara melindungi diri daripada ancaman siber seperti penipuan, pishing dan buli maya. Membantu meningkatkan kesedaran kendiri tentang had penggunaan media sosial. Memberi panduan untuk menggunakan teknologi secara positif bagi kebaikan diri, keluarga dan komuniti. Membentuk budaya masyarakat yang lebih selamat, beretika dan seimbang dalam dunia digital.

Webinar ini dilihat mampu untuk membantu peserta menambah ilmu baru serta meningkatkan tahap kesedaran digital masyarakat supaya lebih berhati-hati dalam penggunaan internet. Program ini juga memberi peluang kepada masyarakat untuk berinteraksi dengan pakar, berkongsi pengalaman, serta mendapatkan sokongan moral. Dengan adanya webinar seperti ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada para peserta sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali