PROGRAM KHAS MERDEKA DAN HARI MALAYSIA @ NADI
8 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada 7 September 2025, telah berlangsung Program Khas Merdeka dan Hari Malaysia @ NADI di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program berlansung pada jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang. NADI telah berkolaborasi bersama pihak Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dan KEMAS.
Sempena Program Khas Merdeka dan Hari Malaysia, Pelbagai aktiviti berlansung seperti pertandingan mewarna kanak-kanak bawah 12 tahun, kerusi muzik, bowling nyoq, kuiz hari kemerdekaan dan kempen internet selamat (KIS). Turut bersama secara live Menteri Komunikasi YB Fahmi Fadzil dari Sabah. Program ini dapat menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan kepada negara dalam kalangan masyarakat, Meraikan sambutan Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia sebagai simbol perpaduan, kebebasan, dan keharmonian rakyat Malaysia.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan NADI dengan komuniti. Selain itu, program ini juga di harap dapat membina hubungan baik diantara pihak pengurusan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dengan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: