KELAS NADI MAHIR FOTO – TEKNIK MENCIPTA KANDUNGAN SOCIAL MEDIA
17 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 16 Mac 2025, telah berlangsung Kelas MAHIR FOTO secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam, bermula pada jam 2:30 petang sehingga 3:30 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.
Kursus pada minggu ini, peserta diterangkan Teknik Mencipta Kandungan Social Media. Peserta akan didedahkan kepada kemahiran mencipta kandungan dan pemilihan kandungan media sosial seperti Facebook, Instagram dan Tiktok. Selain itu, guru mahir menerangkan penggunaan pelbagai aplikasi dalam membina dan merekabentuk kreatif kandungan media social.
Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu peserta untuk menjadi usahawan dan meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: