WEBINAR KESELAMATAN SIBER DALAM E-SPORTS : ANCAMAN SIBER DALAM E-SPORTS

17 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Mac 2025, petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau telah berjaya menguruskan dan menjalankan Webinar Keselamatan Siber Dalam E-Sports : Ancaman Siber Dalam E-Sports yang diadakan secara maya atau lebih dikenali latihan atas talian. Webinar ini bermula pada jam 2:00 petang sehingga 3:30 petang.

Webinar Keselamatan Siber Dalam E-Sports : Ancaman Siber Dalam E-Sports dijalankan bertujuan untuk menerangkan mengenai dunia eSport dalam dunia digital. Dunia e-Sport bukan sekadar tentang skill permainan, tetapi juga keselamatan dan taktik mengelakkan akaun daripada digodam. Pihak Cybersecurity menerangkan mengenai kes-kes pengodaman dalam kalangan pemain esports yang semakin bertambah. Selain itu, pihak Cybersecurity menerangkan kepentingan keselamatan siber dalam esport. Ancaman yang sering terjadi seperti serangan terhadap akaun pemain profesional (pencurian data), masalah penipuan atau manipulasi hasil pertandingan dan pelbagai lagi. Cara menguruskan identiti digital dan mengelak penipuan dalam pemainan.

Webinar ini dilihat mampu untuk membantu peserta menambah ilmu baru tentang cara untuk melindungi akaun semasa menggunakan permainan esports serta mengembangkan lagi pengetahuan dalam bidang keselamatan siber dalam esport.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali