NADI-NURTURE DiLea - KELAS MATEMATIK TINGKATAN 4
11 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 10 Mac 2025, NADI Kg Surau telah berjaya menguruskan dan menjalankan Kelas Matematik secara atas talian. Kelas ini dikhususkan bagi pelajar tingkatan 4 sahaja. Kelas bermula jam 3:30 petang hingga 4:30 petang.
Program NADI Nurture DiLea : Kelas Matematik ini bertujuan untuk membantu pelajar memahami konsep penting seperti algebra, geometri, statistik, matriks dengan lebih mendalam. Melalui pembelajaran interaktif, latihan soalan peperiksaan, serta bimbingan individu, pelajar dapat meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dan bersedia menghadapi peperiksaan SPM. Pelajar diberi keterangan melalui modul yang merangkumi bahan pengajaran, rujukan video, penilaian dan maklum balas bagi memastikan pembelajaran yang berterusan.
Program ini juga dapat memperkukuhkan kemahiran dan dapat membantu mereka berjaya dalam peperiksaan dan kehidupan seharian. Selain itu, program seperti ini dapat mempromosikan lagi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kepada komuniti berkenaan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh NADI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: