KELAS NADI MAHIR MASAK (MASAKAN NYONYA BERSAMA CHEF FLORENCE TAN)

7 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 6 March 2025, telah berlangsung Kelas NADI Mahir Masak - Masakan Nyonya Bersama Chef Florence Tan secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada jam 2:00 petang sehingga 3:30 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau.

Kelas NADI Mahir Masak pada minggu ini adalah secara terbuka untuk semua tanpa had umur. Peserta tidak perlu membawa bahan-bahan. Peserta hanya perlu alami sendiri keunikan warisan kulinari yang kaya dengan sejarah serta cita rasa yang memikat. Dalam kursus ini, peserta mempelajari resipi tradisional Nyonya yang kaya dengan rasa dan warisan iaitu Ayam Titik dan Kuih Gading Galoh. Hidangan ini bukan sahaja enak, tetapi juga penuh dengan sejarah dan cita rasa asli yang memikat selera. Sebelum memulakan masakkan Chef Florence Tan menerangkan mengenai masakan dan bahan-bahan yang akan digunakan untuk membuat 2 hidangan iaitu Ayam Titik dan Kuih Gading Galoh. Chef Florence Tan memasak dan menunjukkan satu persatu kepada peserta supaya senang memahami. Peserta diberi resepi, tips dan rahsia dalam masakkan nyonya supaya lebih sedap dan mudah.

Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali