Kelas NADI Mahir Masak (Pembuatan Korean Garlic Cheese Bun)

27 Januari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Januari 2025, telah berlangsung Kelas NADI Mahir Masak secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 2 jam, bermula pada jam 2:30 petang sehingga 4:30 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.

Kursus NADI Mahir Masak pada minggu ini adalah secara praktikal menghasilkan korean garlic cheese bun. Peserta membawa bahan-bahan untuk pembuatan korean garlic cheese bun. Peserta diaajar bersama chef dalam menghasilkan korean garlic cheese bun. Selain itu, peserta mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam penyediaan makanan dan minuman seperti pembelajaran berkaitan sanitasi dan keselamatan, teknik membuat minuman cafe dan teknik masakan barat dan nyonya.

Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali