Program Khas Webinar Osman Affan Slot 4 (Aplikasi Gigamemori Smartstudy)

26 Januari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Januari 2025, NADI Kg Surau telah berjaya menguruskan dan menjalankan program khas Webinar Osman Affan Slot 4 (APLIKASI GigaMemori SmartStudy), ini adalah sambungan bagi kelas lepas. Program ini dikhususkan bagi pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 4 sahaja. Webinar ini berlangsung selama 2 jam, bermula jam 3:00 petang hingga 5:00 petang.

Program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana untuk menguasai secara keseluruhan teknik menulis nota dan teknik menghafal SmartStudy Giga Memori. Mengaplikasikan semua yang telah dipelajari selama 3 minggu ke dalam soalan & latihan yang diberikan oleh penceramah. Dapat mengatur rancangan bagaimana kesemua teknik ini boleh diaplikasikan ke dalam kehidupan seharian.

Selain itu, program seperti ini dapat mempromosikan lagi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kepada komuniti berkenaan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh NADI.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali