Taklimat Rang Undang-Undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024
24 Januari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 23 Januari 2025, petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) telah menghadiri Taklimat Rang Undang-Undang Komunikasi Dan Multimedia (Pindaan) 2024 yang diadakan secara maya atau lebih dikenali latihan atas talian. Taklimat ini bermula pada jam 3.00 petang sehingga 4.00 petang.
Taklimat dimulakan dengan penerangan ringkas tentang topik-topik yang akan dibincangkan. Peserta terdiri daripada petugas NADI. Isu-Isu utama yang perlu ditangani ialah kemudaratan dalam talian ke atas kanak-kanak, penipuan/scam, judi dalam talian dan ucapan kebencian. Objektif Utama Pindaan Akta Komunikasi & Multimedia 1998 (Akta 588) ialah menggalakkan pertumbuhan industri komunikasi dan multimedia untuk keperluan masa hadapan, menambah baik aspek keselamatan rangkaian berikutan peningkatan penggunaan dan kebergantungan orang awam kepada pekhidmatan dalam talian, menangani isi-isu media baharu dan yang terakhir ialah memantapkan kuasa penyiasatan. Selain itu, taklimat ini menerangkan 3 kategori pindaan yang perlu difahami.
Taklimat ini dapat memberi pendedahan kepada petugas NADI menambah pengetahuan dan memahami dengan lebih mendalam dalam Rang Undang-Undang Komunikasi Dan Multimedia (Pindaan) 2024.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: