Grievances Handling and D.E.I Policies

24 Januari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Januari 2025, petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) telah menghadiri NADI Internal Training – Grievances Handling And D.E.I Policies yang diadakan secara maya atau lebih dikenali latihan atas talian. Kursus bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Tujuan kursus ini bagi meningkatkan serta menambah pengetahuan dalam aduan dan polisi di tempat kerja.

Kursus ini dimulakan dengan penerangan ringkas tentang topik-topik yang akan dibincangkan. Peserta terdiri daripada petugas NADI. Objektif kursus ini ialah pengurusan D.E.I yang berkesan, membantu mengenali dan mengurangkan risiko yang berkaitan dan mewujudkan suasana kerja yang harmoni.

Kursus ini dapat memberi pendedahan kepada petugas NADI menambah pengetahuan dalam pengurusan D.E.I policies. Selain itu, kursus ini memberi peluang kepada petugas NADI mengaplikasikan apa yang telah dipelajari ketika kursus untuk digunakan ditempat kerja.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali