Kelas NADI Mahir Masak (Pembuatan Roti Secara Online)
20 Januari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 19 Januari 2025, telah berlangsung Kelas NADI MAHIR MASAK secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam, bermula pada jam 2:30 petang sehingga 3:30 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.
Kursus NADI MAHIR MASAK (Kumpulan 9) pada minggu ini ialah pembuatan roti secara online. Peserta diajar dahulu secara atas talian sebelum membuat praktikal. Peserta dapat mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam pembuatan roti. Kursus ini turut melatih bahagian penyediaan pastri. Di akhir kelas, peserta diminta untuk membawa barang penyediaan bagi membuat Korean Garlic Cheese Bun untuk kelas minggu berikutnya.
Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: