Kelas NADI Mahir Masak (Teknik Membuat Minuman Cafe)

13 Januari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Januari 2025, telah berlangsung Kelas NADI MAHIR MASAK secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam, bermula pada jam 9:30 petang sehingga 10:30 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.

Kursus NADI MAHIR MASAK pada minggu 2 (kumpulan 9) ini adalah secara praktikal menghasilkan teknik membuat minuman cafe. Peserta membawa bahan-bahan untuk membuat minuman café iaitu coffee dan diajar bersama chef. Selain itu, peserta mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran lain dalam penyediaan minuman.

Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali