Taklimat NADI X Cybersecurity Capture the Flag
11 Januari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 10 Januari 2025, telah berlangsung Taklimat NADI X Cybersecurity Capture The Flag bersama petugas NADI secara atas talian. Taklimat ini berlangsung pada jam 11:00 pagi sehingga 11:30 pagi hari di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau.
Tujuan Sesi Taklimat NADI X Cybersecurity Capture The Flag bersama petugas NADI secara atas talian dijalankan adalah untuk menerangkan kepada petugas mengenai objektif program yang akan dijalankan. Sebelum itu, Capture The Flag (CTF) ialah merupakan satu acara atau pertandingan seperti menggodam (Hacking) dengan menyelesaikan masalah dan soalan yang berkaitan IT dan keselamatan siber. Objektif pertama ialah penerangan mengenai Program Capture The Flag. Kedua ialah kriteria peserta yang diperlukan untuk menyertai Program Capture The Flag dan yang ketiga ialah Koordinasi & persiapan pendaftaran peserta bagi program ini.
Taklimat ini dapat membantu pengurus dan penolong pengurus mengatur jadual, memahami objektif dan mencari peserta mengikut kriteria yang diberikan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: