Kelas NADI Mahir Masak (Pembuatan Moktail)
4 Januari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 3 Januari 2025, telah berlangsung Kelas NADI Mahir Masak secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam, bermula pada jam 9:30 pagi sehingga 10:30 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.
Kursus NADI Mahir Masak pada minggu ini adalah secara praktikal menghasilkan Air Moktail. Peserta membawa bahan-bahan untuk pembuatan Air Mocktail. Peserta diaajar bersama chef dalam menghasilkan Air Mocktail. Selain itu, peserta mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam penyediaan makanan dan minuman cafe, pembelajaran berkaitan sanitasi dan keselamatan. Peserta juga belajar cara menyediakan masakan barat dan nyonya serta pembuatan roti dan pastri.
Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: