KELAS NADI MAHIR MASAK

29 April 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 27 April 2025, telah berlangsung Kelas NADI MAHIR MASAK secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam, bermula pada jam 2:30 petang sehingga 3:30 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.

Kelas pada minggu ini adalah yang terakhir, terdapat sesi perkongsian dimana peserta mahir berkongsi kisah masing-masing selepas mengikuti kelas Mahir Masak. Tahniah dan terima kasih kepada Encik Kamarruddin Bin Noh dan Cik Nur Ashikin Aisyah Binti Mohd So’ed kerana berjaya menamatkan sesi ini walaupun sibuk dengan komitmen kerja hakiki. Semoga dengan ilmu yang dipelajari dapat digunakan dan boleh menjadi usahawan yang berjaya pada suatu hari nanti.

Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali