NADI X CYBERSECURITY - WEBINAR KESELAMATAN SIBER UNTUK WANITA

26 April 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 25 April 2025, NADI Kampung Surau telah berjaya menguruskan dan menjalankan program Webinar Keselamatan Siber Untuk Wanita . Webinar ini dijalankan secara atas talian dan bertempat di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Webinar ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada 3.30 petang hingga 5.00 petang.

Webinar ini disampaikan dari wakil Cybersecurity iaitu cik Maisarah. Beliau menerangkan apa itu hacker, White Hat Hacker, Cyebersecurity untuk Professional Hacker. Contoh (phone hacking) iaitu Malware, (info Gathering) iaitu Osint. Selain itu, Cybersecurity menerangkan mengenai Scam - Fake QR Phishing. Cik Maisarah juga berkongsi ilmu dan tips pembelajaran untuk kerjaya dalam bidang Cybersecurity. Antara isi kandungan program ini adalah kenalpasti peluang kerjaya dalam bidang Cybersecurity, langkah-langkah dan sumber pembelajaran yang perlu dikuasai.

Program ini dilihat mampu untuk membantu peserta menambah ilmu baru serta mengembangkan lagi pengetahuan dalam bidang Cybersecurity. Dengan adanya Webinar seperti ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada para peserta sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali