KELAS NADI MAHIR MASAK (KELAS WESTERN-PRAKTIKAL)
21 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 20 April 2025, telah berlangsung Kelas NADI MAHIR MASAK secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 2 jam, bermula pada jam 2:30 petang sehingga 4:30 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.
Kursus NADI MAHIR MASAK pada minggu ini adalah secara atas talian iaitu kelas masakan western. Guru mahir menerangkan menu western yang bakal dipelajari pada hari ini iaitu Sos Pizza dan Lasagna. Guru mahir menerangkan langkah-langkah dan penyediaan bahan kerana lasagna memerlukan dua jenis sos iaitu sos putih dan sos merah. Seterusnya, guru mahir menerangkan bahan-bahan hiasan yang diperlukan di atas pinggan.
Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: