TAYANGAN VIDEO IKAN DI DASAR LAUTAN BERSAMA PELAJAR TABIKA KEMAS KG SURAU

12 April 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 11 April 2025, pihak pengurusan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Surau bersama guru tabika KEMAS telah bekerjasama mengadakan Tayangan Video Ikan Di Dasar Lautan Bersama Pelajar Tabika Kemas Kg Surau. Tayangan video yang diadakan di NADI Kg Surau ini telah disertai oleh 13 orang pelajar yang berlangsung selama 1 jam bermula dari jam 10 pagi hingga 11 pagi.

Tujuan tayangan ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan awal kanak-kanak dan memberi pendedahan kepada kehidupan laut terutamanya pelbagai jenis ikan yang hidup di dasar lautan. Membangkitkan minat dan menanam rasa ingin tahu terhadap hidupan laut dan ekosistemnya. Menggalakkan kemahiran pemerhatian dan membantu kanak-kanak memerhati bentuk, warna, pergerakan dan habitat ikan-ikan di dalam video.

Dengan adanya tayangan video seperti ini, ia dapat memupuk rasa cinta dan tanggungjawab terhadap penjagaan alam sekitar, terutama kehidupan laut. Menggalakkan perbincangan dan Interaksi kanak-kanak untuk bertanya soalan, berkongsi pendapat dan pengalaman mereka tentang laut dan ikan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali