PROGRAM KONVOI JALUR GEMILANG ZON SIMPANG EMPAT
31 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 30 Ogos 2025, telah berlangsung Program Konvoi Jalur Gemilang Zon Simpang Empat yang dianjurkan oleh Krt Batas Lintang. Program ini berlangsung di Dewan Batas Lintang pada jam 08:00 pagi sehingga 2:00 petang.
Program ini diadakan bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat setempat sempena sambutan Hari Kebangsaan. Mengukuhkan perpaduan dan kebersamaan antara agensi kerajaan, komuniti serta pertubuhan tempatan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti pemeriksaan kesihatan secara percuma, Pendaftaran keahlian NADI, Memberi penerangan tentang NADI berserta program yang dijalankan kepada peserta program dan VIP yang hadir. Program ini disertakan dengan pertandingan mewarna kanak-kanak tabika. Selain itu, meningkatkan kesedaran cintakan negara dengan mengibarkan Jalur Gemilang sebagai simbol kebanggaan rakyat Malaysia. Program ini dapat mencetuskan suasana meriah dan menggalakkan penglibatan aktif masyarakat dalam sambutan bulan kebangsaan.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan NADI dengan komuniti setempat, pelajar sekolah dan dapat memperkenalkan NADI dengan lebih dekat serta dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan. Selain itu, program ini juga di harap dapat membina hubungan baik diantara pihak pengurusan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dengan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: