Program Khas Webinar Osman Affan Slot 2 (Note Master Pro)

15 Disember 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Disember 2024, NADI Kg Surau telah berjaya menguruskan dan mejalankan program khas Webinar Osman Affan Slot 2 (Note Master Pro), ini adalah sambungan bagi kelas lepas. Program ini dikhususkan bagi pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 4 sahaja. Webinar ini berlangsung selama 2 jam, bermula jam 2:30 petang hingga 4:30 petang.

Program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana untuk membuat nota pelajaran secara mudah dan menarik serta mudah untuk difahami. Dengan adanya program seperti ini, ia dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran berfikir dalam membuat nota ringkas.

Selain itu, program seperti ini dapat mempromosikan lagi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kepada komuniti berkenaan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh NADI.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali