Program Webinar Modul Penyediaan Makanan di Taska, Tabika dan Prasekolah

18 Disember 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Disember 2024, NADI Kg Surau telah berjaya menguruskan dan mejalankan program khas Webinar Modul Penyediaan Makanan bagi pembantu taska, tabika dan prasekolah. Program ini disertai oleh pembantu Tabika Kemas parlimen Arau. Webinar ini disampaikan wakil dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahagian Nutrisi.

Program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta bagaimana cara untuk megendalikan penyediaan makanan bagi pelajar taska, tabika dan prasekolah. Selain itu, peserta juga diberi pendedahan dan pengetahuan bagaimana untuk menyediakan dan memilih makanan yang sihat dah seimbang yang bersesuaian dengan kanak – kanak.

Selain itu, program seperti ini dapat mempromosikan lagi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kepada komuniti berkenaan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh NADI.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali