Soft Skills Murid Tabika Kemas Kg. Surau (Projek Cupcake)

25 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Julai 2020, pihak pengurusan Pusat Internet Kg Surau bersama guru tabika KEMAS telah bekerjasama mengadakan program soft skill (Projek Cupcake) bersama murid-murid tabika KEMAS Kg. Surau . Kelas yang diadakan di Tabika KEMAS Kg Surau ini telah disertai oleh 11 orang peserta yang berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid tabika mengaplikasikan kemahiran mereka dalam menghias kek yang telah disediakan. Mereka diberikan kek setiap orang dan mereka perlu menghiaskan kek tersebut dengan menggunakan bahan-bahan yang telah disediakan. Hiasan paling kemas dan tercantik akan dinobatkan sebagai pemenang “Chef Cilik”. Dengan adanya program seperti ini, ia akan membantu murid-murid tabika menjadi lebih kreatif dan inovatif.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

kembali